1- Imam Syafie sangat menekankan perihal menguasai bahasa Arab
2- Beliau yang berbicara fasih dengan saliqah dan fitrahnya pun masih berusaha mempelajari bahasa Arab tulen dengan memasuki pedalaman Bani Huzail selama 16 tahun
3- Bila ditanya mengapa begitu gigih beliau memberi masa untuk bahasa Arab, maka jawab beliau," Agar saya menjadikannya sebagai alat untuk menguasai pemahaman fiqh
4- Sekiranya kita mengetahui tahap siling bahasa Arab maka kita akan terduduk malu dengan kemampuan bahasa Arab yang kita perolehi
5- Sentiasa mengingatkan diri bahawa saya tidak tahu apa-apa tentang bahasa Arab adalah penggerak yang sangat ampuh untuk kita terus beristiqamah meneroka bahasa Arab
6- Ia bagai lautan yang tidak bertepi, bak samudera dalam yang penyelam yang gigih akan dapat mengeluarkan mutiara berharga
7- Para leluhur kita menjelajah kota, bersabar dengan karenah masa, memasang telinga menghimpun bicara demi mempelajari bahasa Arab mulia
8- Memahami Al-Quran memerlukan usaha raksasa
9- Kerana Al-Quran turun dalam bahasa Arab zaman awal yang ia pada hari ini uslub bahasanya tinggal kisah diceritakan tidak dapat dihissi di alam nyata
10- Apabila Sibawaih selesai mengembara mempelajari bahasa Arab, beliau ditunjukkan ke suatu pedalaman untuk menguji kemampuan bahasanya disana. Apabila tiba dirumah yang disarankan beliau mengetuk pintu. Seorang anak perempuan keluar, " Ayah dimana?" tanya Sibawaih. Jawab budak perempuan itu dengan lancar "أبي فاء الى الفيافي فاذا فاء الفيئ أفا"
Tanya Sibawaih," Apa anak? Boleh ulang sekali lagi"
"UMMI DEKAT LUAR ADA ORANG AJAM " JERIT BUDAK PEREMPUAN ITU KEPADA IBUNYA
Credit : Tok kenali kitab arab(fb)
BAHASA ARAB
| author: Ridzuan AbdullahPosts Relacionados:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment